Halaman

Ahad, 15 April 2018

Mandi Air Sejuk (Ais). Fakta Sains yang disebut dalam Quran.



Terjemah Surat Shaad Ayat 41-44


Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan azab seksa (penyakit)".


(Saad 38:41)

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".


(Saad 38:42)

Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya - keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).


(Saad 38:43)

Dan (Kami perintahkan lagi kepadanya): " Ambilah dengan tanganmu seikat jerami kemudian pukulah (isterimu) dengannya; dan janganlah engkau merosakkan sumpahmu itu ". Sesungguhnya Kami mendapati Nabi Ayub itu seorang yang sabar; ia adalah sebaik-baik hamba; sesungguhnya ia sentiasa rujuk kembali (kepada Kami dengan ibadatnya).


(Saad 38:44)


Perbanyakkanlah membaca Al-Quran dan terjemahannya. Sesungguhnya Al-Quran itu sebenar-benarnya pertunjuk sepanjang zaman.


Amalkan mandi ais/air sejuk selalu seperti derita nabi Allah Ayub as yang air sejuk memberi berkat kesihatan kepada baginda as.

Mandi Air Sejuk (Ais). Fakta Sains yang disebut dalam Quran.

Terjemah Surat Shaad Ayat 41-44 Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berk...